loader

Perjumpaan Santai Bersama Guru Besar SK Taman Mutiara Rini Cetus Cadangan Bawa SkoolBeez ke Peringkat Negeri

Khamis, 04 September 2025

Perjumpaan Santai Bersama Guru Besar SK Taman Mutiara Rini Cetus Cadangan Bawa SkoolBeez ke Peringkat Negeri

Guru Besar SK Taman Mutiara Rini kagum dengan ekosistem SkoolBeez dan percaya ia mampu mudahkan pentadbiran sekolah besar. Perjumpaan santai bakal disusuli taklimat rasmi bersama pentadbiran.

Skudai, 4 September 2025 — Satu perjumpaan santai tetapi sangat bermakna telah berlangsung antara pasukan SkoolBeez dan Guru Besar SK Taman Mutiara Rini, Cikgu Mohd Faruze bin Iberahim, bagi memperkenalkan secara ringkas mengenai platform SkoolBeez sebagai pelantar digital sekolah. Walaupun pertemuan ini bersifat awal dan tidak rasmi, sambutan serta maklum balas yang diterima daripada pihak sekolah amat menggalakkan.

Dalam sesi ini, pasukan SkoolBeez berkongsi gambaran menyeluruh mengenai ekosistem modul dan subsistem yang telah dibangunkan dan yang sedang dirancang, termasuk inisiatif Pengurusan PSS, Pengkarya Muda, NILAM digital, Kad SkoolBeez dan ciri akaun ibu bapa. Cikgu Faruze menyatakan bahawa beliau amat terkesan dan ‘impressed’ dengan keupayaan sistem ini sebagai satu penyelesaian menyeluruh untuk operasi harian sekolah.

Beliau percaya bahawa SkoolBeez akan memberikan impak yang besar, khususnya kepada sekolah bersaiz besar seperti SK Mutiara Rini yang kini mempunyai lebih 950 orang murid. Antara yang mendapat perhatian beliau ialah potensi akaun ibu bapa atau penjaga, yang kelak akan membolehkan ibu bapa mendapatkan akses secara langsung terhadap pelbagai maklumat berkaitan anak-anak mereka menjadikan SkoolBeez sebagai pusat sehenti digital sekolah yang komprehensif.

Sebagai tanda sokongan terhadap idea dan pembangunan sistem ini, Cikgu Faruze turut mencadangkan agar SkoolBeez dibentangkan kepada Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Johor, agar lebih ramai pentadbir dan guru dapat melihat sendiri manfaat dan kesesuaian platform ini dalam konteks pendidikan semasa. Beliau turut menyatakan kesediaan untuk mengatur sesi taklimat rasmi bersama GPK dan GPM sekolah dalam masa terdekat.

Sokongan terbuka daripada pentadbir sekolah seperti ini membuktikan bahawa SkoolBeez bukan sekadar sistem tetapi platform yang bersedia mendefinisikan semula transformasi digital di peringkat sekolah.

👉 Berminat untuk mengetahui bagaimana SkoolBeez boleh diadaptasi di sekolah anda? Jadualkan sesi taklimat bersama kami dan mulakan perjalanan transformasi digital anda hari ini.

Gallery

logo

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!