loader

Tingkah Laku Terpuji,
Bina Sahsiah Positif

Modul Amalan Baik dalam SkoolBeez membolehkan warga sekolah mengenal pasti dan memberi pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku terpuji, seperti membantu rakan, menjaga kebersihan kelas, menepati masa, atau menunjukkan semangat kerjasama.

Setiap amalan baik yang direkod akan dimasukkan ke dalam profil murid sebagai rekod sahsiah yang boleh dijadikan rujukan, penilaian HEM atau rujukan anugerah sekolah.

Rekod Amalan Positif Secara Digital

Guru dan warga sekolah boleh merekod tindakan baik murid secara terus ke dalam sistem.

Disesuaikan Mengikut Kategori Nilai Murni

Rekod boleh dikaitkan dengan kategori nilai seperti disiplin, kebersihan, kesopanan, kerjasama dan kepimpinan.

Dipaparkan dalam Profil Murid

Amalan baik yang direkod dipaparkan dalam profil murid sebagai pencapaian bukan akademik.

Sokongan untuk Pemilihan Anugerah & Penilaian Sahsiah

Data ini boleh digunakan untuk menyokong pemilihan murid cemerlang sahsiah atau semasa sesi laporan disiplin.

amalan baik

Pengiktirafan Tingkah Laku Terpuji

Satu klik untuk rekod amalan baik yang dilakukan oleh murid, walaupun kecil.

Amalan baik boleh dikaitkan dengan nilai spesifik seperti 'bertanggungjawab', 'rajin', 'berani mencuba'.

Memberi motivasi kepada murid untuk terus berkelakuan baik.
amalan baik

Dimuat ke Dalam Profil Murid

Membina gambaran menyeluruh tentang sahsiah dan akhlak murid

Membantu sekolah membuat penilaian lebih objektif berdasarkan data.

Membina hubungan lebih rapat antara rumah dan sekolah.
amalan baik

Data untuk Pemantauan & Anugerah

Boleh digunakan untuk pemilihan 'Kelas Terbaik Mingguan' atau 'Murid Contoh'.

Bukan sekadar rekod sekali-sekala, tetapi amalan yang berterusan.

Seimbang antara tindakan tatatertib dan pengiktirafan positif.
alaman baik

Galakan Pembentukan Sahsiah Diri

Pujian yang diberi secara formal dalam sistem lebih bermakna.

Warga sekolah saling memberi sokongan ke arah tingkah laku yang baik.

Selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan inisiatif sahsiah KPM.
logo

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!